Jumaat, 10 Jun 2011

Home » , » Untuk lelaki dari wanita... - lelaki wajib baca

Untuk lelaki dari wanita... - lelaki wajib baca


Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi
imam?? Kalau perempuan tidak boleh
memasak, dikutuk dan disuruh belajar.
Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita
kata okay saja. Jangan diperbesarkan nan
ti mereka terasa hati. "Apalah
perempuan, tak pandai masak siapa nak
kahwin dengan awak!" Begitulah kata
rakan sejawat lelaki pada seorang gadis
juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah
si gadis ayu itu yang dia tidak sempat
belajar memasak sebab dari kecil tidak
digalakkan keluar ga sebaliknya di suruh
menumpukan perhatian pada pelajaran
saja. Sementelah tinggal di asrama,
peluang pulang ke rumah terhad dan tidak
sempat turun ke dapur membantu ibunya.
"Habis sekarang kenapa tidak
belajar?" Tanya Si lelaki lagi dengan
penuh angkuh dan bersemangat. "Sedang
belajarla h ni tetapi selain sibuk
dengan kerjaya saya juga sibuk belajar
agama, jadi belajar memasak tetap tidak
diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang
membuatkan lelaki tadi menggeleng-g
eleng kepala. Baginya tidak sempurna
seorang wanita jika tidak tahu memasak.
Wani ta sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh
menjadi imam. Walau ada yang kata, jika
itu syaratnya bermakna makin ramai
wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di
dapur sebagai perkara utama dan ungkapan
hendak memikat suami, perlu pikat
seleranya sering diguna pakai. Tidak
kiralah jika wanita itu berpelajaran
atau berjawatan tinggi dan penyumbang
utama kewangan dalam rumahtangga nya.
Sekarang bukan asing lagi gaji isteri
lebih tinggi daripada suami. Namun
kedudukan suami sebagai raja tidak
pernah dilupa walau dia tidak mengambil
inisiatif mempela jari ilmu menjadi
imam. Ilmu bermain video game di
komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau
tidak tahu memasak disuruh belajar dan
sesudah belajar perlu handal. Jika
handal bukan setakat masak untuk
keluarga sendiri, kalau boleh perlu
boleh memasak untuk tiga pasukan bola.
Begitulah standard yang telah
ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan
undang-undang itu kepada lelaki juga.
Kalau tidak pandai jadi imam,
belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada
keluarga sendiri, sudah terror boleh
mengimam satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka
tu bolehkah jadi imam?" Dengus beberapa
kawan wanita yang lain. Betul juga.
Berapa kerat lelaki yang menjadikan
sembah yang jemaah di rumah bersama anak
isteri sebagai agenda utama, selain
keperluan memenuhi pelbagai selerany a?
Maka bertanyalah wanita kini kepada
beberapa lelaki tentang kebolehan yang
satu ini. Ternyata ramai yang menjawap
tidak confident menjadi imam sebab takut
bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah
tajwid atau pun dia merasakan isterin ya
lebih handal. Ada yang kata lebih elok
dia dan isteri sembahyang sendir
i-sendiri. Ada juga menjawab, rasa
kelakar pula apabila dirinya yang rugged
menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita
beratkan sepertim ana masyarakat
memberatkan wanit a perlu pandai memasak
jika mahu bersuami. Lelaki juga harus
boleh menjadi imam supaya kewibawaan
mereka sebagai ketua keluarga tidak
goyah atau menjadi mangsa queen control.
Kalau tidak pandai, belajarlah sekara
ng. Jika wanita disuruh belajar, apa
salahnya lelaki.

p/s : solat fardu di laksanakan berjemaah di masjid.. bagi lelaki... solat sunat di rumah..


SUMBER:
Eiz Iskandar
CINTA ALLAH CINTA ABADI/POST IN GROUP





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger

page counting

 
back to top