Rabu, 1 Jun 2011

Home » , , » PERJALANAN TANPA BAYANG BAYANG...

PERJALANAN TANPA BAYANG BAYANG...



Kepekatan malam kian terisi..
berpeluk-pelukkan memimpin dalam diam,
melihat kulit-kulit melupas berguguran
bersama dosa yang pekat dan terpahat
antara mata sandiwara semusim yang lalu..

Di usir dalam cahaya berlalu makin rapat kau mendekatiku..
Terpadamnya sumbu hanya diri menghitung penjuru,
tanpa mu disisi..  

PERJALANAN...
Siapakah aku untuk menentu bila kekosongan
kian terisi andainya terpancar cahaya
Arasy dan Kursi buka kanlah pintu lapan
hembuslah angin di bawah syirah yang lembut melalui pintu-pintu mu..
Ya rabbi,  

BAYANG...
Adakah wujudnya kamu ketika dalam jasad ibu..
jasad tembuni mahupun jasad diri,
hadirnya kamu bersama cahaya hakiki..  
Berdiri sudah lama..
tiba masa terduduk jua merintih di ufuk kalbu..
antara ada dan tiada,
Ibarat urat yang bersimpul tiada penghujungnya..
 tak mungkin si kudung memakai cincin,
setelah si buta kehilangan tongkatnya..  

PERJALANAN...
Di penghujungnya masih menjadi tanda tanya..
tersisih dari mereka yang memilih..
merangkak selepas berlari,
Kemarau selepas banjir karam dalam nikmat kejahilan..
Tidak pernah mengharap,
Cukup sekadar membayangi ku watak-watak sucimu..

By: A Osman Naqshahbandi

SUMBER
Mohd Zaki Jamaludin/POST IN GROUP
By: A Osman Naqshahbandi
CintaAllahCintaAbadi@groups.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger

page counting

 
back to top