Selasa, 7 Jun 2011

Home » , , , » KATA-KATA PERINGATAN BUAT SAUDARA SAUDARI!!

KATA-KATA PERINGATAN BUAT SAUDARA SAUDARI!!


8 PERKARA BAGI PERHIASAN 8 PERKARA

Abu Bakar r.a teah berkata maksudnya 8 perkara merupakan perhiasan bagi 8 perkara iaitu:~

1)Tidak meminta-minta adalah hiasan fakir.
2)Meninggalkan perbuatan menggungkit-gungkit pemberian adalah perhiasan amalan baik.
3)Sabar adalah hiasan bala.
4)Merendahkan diri /tawaduk adalah hiasan mereka yang menuntut ilmu.
5)Lambat marah adalah hiasan ilmu.
6)Banyak menangis adalah hiasan takut.
7)yukur adalah hiasan nikmat.
8)khusyuk adalah hiasan solat.

Diam:~
1)Diam itu perhiasan orang alim dan penutup orang bodoh.
2)”Keselamatan itu ada 10 bahagian yang 9 di waktu diam dan yang ke 10 di waktu menjauhi orang banyak.
3)”Betapa banyaknya perkataan yang menghilangkan nikmat dan betapa banyak perkataan yang mendatangkan bencana”.

10 HUkuman Bagi Orang Yang Banyak Ketawa:~

1. Mati hatinya.
2. Hilang Air mukanya (malu dan kemuliaan).
3. Digemari syaitan akannya.
4. Dimurkai Allah.
...5. Disoal padanya pada hari kiamat.
6. Dipalingkan oleh Nabi Muhammad s.a.w pada hari kiamat.
7. Dikutuk para malaikat.
8. Dibenci oleh semua penghuni langit dan bumi.
9. Lupa pada segala-galanya.
10.Terbuka aibnya pada hari kiamat.

Abul Laits berkata: “Awaslah kamu dari tertawa bergelak kerana mengandungi lapan bahaya iaitu:~

1) Tercela oleh ulama dan orang yang sopan sempurna akal.
2) Memberanikan orang bodoh kepadanya.
3) Jika engkau bodoh nescaya bertambah kebodohanmu dan bila engkau alim berkurang ilmumu sebab ada riwayat: Seorang alim jika tertawa bererti telah memuntahkan ilmunya.
4) Melupakan dosa-dosa yang lampau.
5) Memberanikan berbuat dosa dimasa mendatang sebab bila tertawa gelak membekukan hatimu.
6) Melupakan mati dan akhirat.
7) Engkau menanggung dosa orang yang tertawa kerana tertawamu.
8) Tertawa gelak-gelak itu menyebabkan banyak menangis diakhirat.


SUMBER:
BY:Syeikh Mohd Sulhi Al-Kulimi
CINTA ALLAH CINTA ABADI/POST IN GROUP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger

page counting

 
back to top