Isnin, 6 Jun 2011

Home » , , » huraian ayat quran

huraian ayat quran


Dan, jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman? Dan tiadalah sebarang kuasa bagi seseorang untuk beriman melainkan dengan izin Allah dan Allah menimpakan azab atas orang-orang yang tidak mahu memahami. (...QS 10: 99-100)

KETERANGAN AYAT :

Jika ALLAH menghendaki, nescaya semua org yg di muka bumi ini beriman, tetapi ALLAH menghendaki dan manjadikan manusia itu bermacam-macam keadaan. Ada yang mahu mengunakan akalnya dengan memerhatikan dalil-dalil dan tanda-tanda kebesaran Allah dan ada pula yang tdk mahu mengunakannya. Maka Allah menjadikan kekotoran (kekafiran) dlm hati orang2 yg tdk mengunakan akalnya itu dan memberi hidayat (petunjuk) ke dlm hati org2 yg mahu menggunakan akalnya. Sebab itu ALLAH berfirman : "Bahawa manusia itu tidak beriman, melainkan dengan izin ALLAH". iaitu dengan memudahkan dan menganugerahkan hidayat ke dalam hatinya. Disebabkan manusia itu tidak sama hatinya antara satu sama lain, maka ALLAH melarang paksaan supaya beriman kepada ALLAH dan Rasul-NYA


SUMBER:
Photos of Umat Muhammad Umat Dakwah
By Hasna Isma







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger

page counting

 
back to top