Khamis, 9 Jun 2011

Home » , , » Masyallah...ada jugak yg mcm ini....JANGAN JUAL AYATKU DENGAN HARGA YG MURAH......

Masyallah...ada jugak yg mcm ini....JANGAN JUAL AYATKU DENGAN HARGA YG MURAH......


ni kisah benar yang pernah berlaku di sebuah kampong di Negeri Sembilan.Di ceritakan oleh seorang sahabat.

Di kampong yang terpencil itu ada sebuah Surau.Ahli ahli AJK Surau begitu aktif dalam menjalankan tugas masing masing hingga makmur lah Surau itu.Berbagai bagai program agama diadakan tetapi hanya di peringkat setempat.Kalau panggil penceramah pun ustaz setempat.Untuk menggalakan lagi minat orang kampung untuk datang ke Surau maka AJK mengatur untuk memanggil penceramah dari luar pula.Kali ini seorang penceramah yang terkenal yang selalu keluar di kaca TV dengan program motivasinya.Mereka jangka kali ini program ini tentu akan mendapat sambutan hangat dari orang kampung dan kampung di sekelilingnya.Penceramah yang dimaksudkan di hubungi maka dia bersetuju menerima jemputan AJK.Hari dan masa pun di tetapkan.Confirmed jadi!

Masanya pun tiba, ceramah tersebut di jadualkan beri ceramah lepas solat maghrib.Memang di jangka, begitu ramai orang kampong dan luar kampong datang untuk mendengar ceramah dari penceramah yang terkenal itu.Yang selalu keluar kat TV tu…….Waktu sudah hampir jam 8 malam.Kelibat Penceramah tersebut tidak kelihatan pun.Pengerusi Surau dan AJK gelisah apatah lagi para jemaah yang hadir.Pengerusi cuba mendapatkan kepastian dan menghubungi penceramah yang di tunggu tunggu itu melalui talipon bimbitnya.



Penceramah Agama Komersial

Dialog Pengerusi Surau dengan Wakil Penceramah:
Ring……ring……ring

Pengerusi : Assallamu’alaikum boleh saya cakap dengan Ustaz xxxxxxx

Yang menjawab : Wa’alaikum salam, Ustad sedang beri ceramah ni…..saya pembantunya.Boleh saya tolong?

Pengerusi :Aaaa……Sedang beri ceramah…….?? kan sepatutnya malam ini dia beri ceramah di tempat kami di sini?

Pembantu Ustaz :eh….tidak ada dalam jadual pun? Kalau ikut jadual dia memang berceramah di sini, mungkin tuan tersilap hari kot?

Pengerusi :tak silap sepatutnya malam ini lepas solat maghrib ustad kena beri ceramah di tempat kami ………dah di confirmed oleh Ustad sendiri waktu saya hubungi dia tempoh hari………

Pembantu Ustaz :Tak ada pulak di nyatakan Ustad…….Biasanya kalau dah comfirmed tentu di jadualkan dan ustad tak pernah mungkir janji………..masa buat “confirmation” ada Ustad nyatakan tentang duit deposit?

Pengerusi : Duit deposit…….duit deposit apa….?????

Pembantu Ustaz : duit deposit………..tiap tiap ceramah oleh Ustad kena bayar Rm 2000 sejam, jadi kalau booking kena lah bayar deposit dulu baru ustad pergi…….

Pengerusi : Ya ke……??????……..tak tahu pun kena bayar sampai begitu banyak…….biasa kami hanya beri sagu hati saja kepada penceramah.Tak apalah kalau begitu, lagipun Surau kami tak mampu pun nak bayar begitu banyak.Assallamu”alaikum.

Pembantu Ustaz : Wa’alaikum salam…………



Dalam era dakwah hari ini, terdapat ramai orang orang yang
mengambil kesempatan mencari duit dengan dakwah.Golongan ini tahu masyarakat sudah ingin dengan Islam dan masyarakat sanggup bayar duit kepada pendakwah.Maka golongan ini pun terus menawarkan diri untuk menyampaikan Islam dan meletakkan harga tertentu untuk setiap kali dia berdakwah.Kalaulah di setengah tempat orang orang di situ tidak sanggup membayar harga yang ditetapkan, maka tidak jadilah ia berdakwah. Inilah orang yang telah memperniagakan ayat Allah dengan harga yang murah. Bukannya dia tidak tahu bahawa kerja dakwah itu perintah Allah. Siapa melakukan atas dasar taat pada Allah jadilah dakwah itu ibadah. Dan ganjarannya di sisi Allah besar sekali. Tapi ada orang menggunakan perintah Allah ini untuk mencari keuntungan duniawi yang sedikit. Maka akhirat dia tidak akan dapat apa apa lagi melainkan api neraka.

Hal yang sama berlaku juga pada orang orang yang ada ilmu dan boleh mengajarkan ilmu.Tapi usaha suci itu telah dijadikan modal untuk cari makan. Bukan dijadikan sembah bakti pada Allah yang telah menghidupkannya. Tidak dimaksudkan langsung ilmunya itu untuk mendidik manusia agar menjadi hamba Allah yang baik. Tapi ilmu itu dijadikan bahan kerja cari makan. Kalaulah kerja mengajar itu diberi gaji, pasti dia berhenti kerja, untuk cari kerja lain untuk semata mata dapat duit. Walhal mengajar adalah perintah Allah. Kalau dibuat kerana Allah, maka syurgalah ganjarannya. Tapi ahli ahli ilmu hari ini menyeleweng usaha suci ini dan mereka adalah termasuk dalam gologan orang orang yang menjual ayat Allah dengan harga yang murah.

Allah berfirman yang terjemahannya:

” Dan janganlah kamu menukar ayat ayat Ku dengan harga yang murah.Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang orang kafir.” (Surah Al Maidah:44]


SUMBER:
SOMEONE
CintaAllahCintaAbadi@group/DOCS


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger

page counting

 
back to top