Jumaat, 3 Jun 2011

Home » , , » Tuan-tuan yang mulia..

Tuan-tuan yang mulia..


Tuan-tuan yang mulia..

Berkata Abu Zar r.a bahawasanya Nabi saw. telah bersabda:

Allah telah berfirman:

"Sesungguhnya Aku telah mengharamkan ke atas diriKu, dan Aku pun menjadikannya haram di antara sesama kamu, maka janganlah hendaknya kamu saling zalim-menzalimi sesama kamu sendiri.

Wahai hamba-hambaKu ! Kamu sekalian lapar, melainkan sesiapa yang Aku beri makan, maka hendaklah kamu minta makan daripadaKu, nescaya Aku berikan kamu makan.

Wahai hamba-hambaKu ! Kamu sekalian telanjang, melainkan sesiapa yang Aku berikan pakaian, maka mintalah pakaian dariKu, nescaya Aku berikan pakaian.

Wahai hamba-hambaKu ! Kamu sekalian membuat kesalahan pada waktu malam dan siang, dan Aku sahajalah yang boleh mengampunkan segala dosa (selain syirik), maka mohonlah pengampunan dariKu, nescaya Aku mengampunkan semua dosa-dosa kamu.

Wahai hamba-hambaKu ! Kamu sekalian tidak mampu merancang sesuatu mudharat untuk memudharatkan Aku. Dan kamu pun tidak mampu merancang sesuatu manfaat untuk memanfaatkan Aku.

Wahai hamba-hambaKu ! Andaikata orang-orang terdahulu, dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu, sama ada dari manusianya mahupun jinnya, semuanya bertaqwa seperti taqwanya hati seorang manusia yang paling taqwa di antara kamu, tiadalah akan menambah barang sedikit pun di dalam kerajaanKu.

Wahai hamba-hambaKu ! Andaikata orang-orang terdahulu, dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu, sama ada dari manusianya mahupun jinnya, semuanya berhati jahat seperti jahatnya hati di antara kamu, tidaklah akan mengurangi barang sedikit pun di dalam kerajaanKu.

Wahai hamba-hambaKu ! Andaikata orang-orang terdahulu, dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu, sama ada dari manusianya mahupun jinnya berkumpul berdiri di atas sekeping tanah, lalu mereka memohonKu, lalu Aku mengabulkan tiap-tiap seorang apa yang dimintanya, nescaya tidak akan berkurang sedikit pun dari apa yang Aku miliki melainkan seperti terkurangnya air yang membasahi sebatang jarum apabila dicelup ke dalam laut.

Wahai hamba-hambaKu ! Sebenarnya semua itu adalah amalan-amalan kamu yang Aku catitkan untuk kamu sekalian, kelak di kemudian hari akan Ku balas atas tiap-tiap satu daripadanya. Oleh itu barangsiapa menerima yang baik, maka hendaklah ia bersyukur kepada Allah. Dan barangsiapa menerima sebaliknya, maka janganlah ia menyalahkan orang alin, selain dirinya sendiri."

(Hadis Qudsi Riwayat Muslim, Abu Uwanah, Ibnu Hibban, Hakim)

BY
Sevendayz Weekend
Umat Muhammad Umat Dakwah/post in group



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger

page counting

 
back to top