Jumaat, 3 Jun 2011

Home » , , , » Matlamat Tidak Menghalalkan Cara

Matlamat Tidak Menghalalkan Cara


Bismillahirahmannirrahim...

Sesungguhnya mensyukuri nikmat itu sesuatu kewajipan ke atas orang yang beriman.. Manakala kesihatan merupakan antara nikmat terbesar yang di kurniakan Allah kepada seseorang hamba.. Namun kenikmatan itu hanya dapat di ukur oleh orang yang sedang sakit.. Manusia dapat menilai erti kesihatan hanya apabila nikmat tersebut hilang.. Bilamana sakit menimpa, maka sekaligus ia telah melenyapkan kebahagian... Syaitan tidak pernah berasa letih untuk menyesatkan seorang muslim sama ada semasa ia kuat ataupun lemah, sihat ataupun sakit.. Oleh sebab itu, hendaklah kita berjaga jaga terhadap langkah langkah syaitan setiap masa.. Perkara perkara berikut perlu di ambil perhatian semasa sakit..

1) Jangan sampai berburuk sangka terhadap Allah atau berasa kecewa dan berputus asa.. Sebuah hadhis yang di riwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Abu Hurairah r.a, daripada rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

" Bahawa Allah berfirman : Aku hanya mengikut sangkaan hamba Ku sahaja.. kalau ia bersangka baik kepada Ku, Aku pun akan berbuat begitu terhadapnya "

Maksud dari hadhis tersebut, apa apa sahaja yang ada dalam persangkaan seseorang hamba, maka begitulah yang Allah lakukan terhadapnya.. Jika hamba bersangka baik terhadap Allah, maka Allah akan memberikan perkara perkara yang baik.. Sebaliknya jika seseorang itu bersangka buruk terhadap dirinya, maka Allah akan menganggap ia sebagai suatu doa, bahkan Allah akan mengabulkan doa doa itu sesuai dengan permintaannya.. Maka sentiasalah menjaga dan meluruskan niat kerana Allah sentiasa mengikut sangkaan kita..

2) sebaik baik jangan lah mengeluh ketika kita sedang sakit atau sedang di timpa musibah

3) Jangan ambil remeh soal menutup aurat ketika terlantar sakit..

4) Jangan berubat dengan unsur atau perkara yang haram sebagaimana hadhis riwayat Abu Daud, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

" Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit dengan ubatnya dan di ciptakan ubat bagi segala penyakit.. Maka berubatlah, tetapi jangan menggunakan yang haram "

Antara perubatan yang perlu di elakkan adalah seperti mendatangi dukun atau ahli sihir.. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang mendatangi tukang tilik, lalu mempercayai apa yang di ucapkan, maka ia telah kafir terhadap ajaran yang di turunkan kepada Nabi Muhammad saw"

Sesungguhnya ia merupakan cara yang hina dan sia sia di dunia, dan akhirat nanti ia akan memperoleh kerugian dan kehinaan pula.. Apabila seseorang hamba itu bersabar menahan beratnya penyakit tersebut dan rasa sakit yang hebat, itu lebih baik daripada menempuh cara yang akan mengiringinya ke dalam neraka yang menyala nyala...

Wallahu'alam....


BY
Ibu Nora
Umat Muhammad Umat Dakwah/post in group

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger

page counting

 
back to top