Memaparkan catatan dengan label IBU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label IBU. Papar semua catatan

Jumaat, 17 Jun 2011

Aku mahu tinggalkan dunia dalam sujudku.....


SUATU malam ketika aku sedang nyenyak tidur tiba-tiba aku melihat seolah-olah ayahanda menjelma di

hadapanku. Perasaan kasih pada ayahanda tidak dapat ditahan-tahankan lagi, lalu aku berteriak: "Ayah...sudah

lama tiada berita dari langit sejak ayahanda tiada!"

Waktu itu aku terlalu rindu setelah beberapa hari ayahanda wafat. Ketika aku sedang memanggil-manggil

ayahanda, muncul pula para malaikat bersaf-saf lantas menarik tanganku, membawa aku naik ke langit.

Apabila aku mendongak tenampaklah istana-istana indah yang dikelilingi taman-taman pawana serta anak-anak

sungai mengalir saujana mata memandang. Keindahan istana demi istana dan taman demi taman berjajaran di

hadapan mata begitu mengasyikkan. Dari celahan pintu-pintu istana tersebut menjelmalah para bidadari seolah-

olah patung bernyawa yang sangat jelita, sentiasa tersenyum dan bergelak ketawa. Bidadari itu berkata kepadaku:

"Selamat datang wahai makhluk yang diciptakan syurga untuknya, dan kerana ayahanda kamu, kami diciptakan..

."

Malaikat itu terus membawa aku naik ke langit seterusnya sehinggamemasuki sebuah tempat yang dipenuhi

istana-istana yang lebih indah daripada sebelumnya. Cahayanya bergemerlapan.

Dalam setiap istana itu terdapat rumah-rumah berisi pelbagai perhiasan indah yang belum pernah dilihat mata,

tidak terdengar ditelinga dan tidak pernah tersirat di hati. Penghuni istana-istana ini sentiasa bergembira, bergelak

ketawa dan ceria. Di istana itu terdapat pelbagai kain sutera nipis dan tebal. Juga terdapat selimut-selimut

daripada sutera dengan pelbagai warna dan corak.

Di atas rak-rak kelihatan pelbagai jenis gelas diperbuat daripada emas dan perak yang sungguh menawan.

Pelbagai jenis hidangan makanan, buah-buahan serta air minuman yang lazat dan enak tersedia untuk dimakan.

Pemandangan di taman-taman pula sungguh memukau dengan aliran sungai yang warnanya lebih putih daripada

susu, rasanya lebih manis daripada madu dan baunya lebih semerbak daripada kesturi.Aku yang kehairanan dan

takjub lantas bertanya: "Untuk siapakah tempat-tempat indah sebegini dicipta? Apa nama sungai-sungai yang

harum mewangi ini?"

Malaikat-malaikat itu menjawab:"Tempat ini adalah Firdaus, tempat paling tinggi dan tiada lagi syurga di atasnya.

Syurga Firdaus ini khas untuk singgahsana ayahandamu, semua rasul, nabi, para syuhada dan syiddiqun yang

dicintai Allah. Sungai ini bernama al-Kautsar yang telah Allah janjikan kepada ayahandamu."
Aku bertanya lagi: "Di mana ayahandaku?"

Malaikat-malaikat menjawab: "Sebentar lagi ayahandamu akan datang menjemputmu!"Tidak lama kemudian aku

ternampak istana-istana yang sangat putih dan permaidani yang tersangat indah.. Tiba-tiba aku sudah berada di

atas permaidani yang terbentang di atas singgahsana. Aku ternampak ayahandaku sedang berehat di atas

singgahsana tersebut dikelilingi sekelompok orang yang tidak dikenali. Ayahanda menarik tanganku dan mencium

dahiku berkali-kali.
Ayahanda berkata: "Selamat datang wahai puteriku!"

Lalu ayahanda meletakkan aku di atas pangkuannya dan berkata lagi:"Wahai puteriku, tidakkah engkau lihat apa

yang telah dijanjikan Allah kepadamu dan yang akan engkau perolehi?"

Ayahanda menunjukkan istana-istana yang disaluti bermacam-macam hiasan yang indah menawan serta

berkilau-kilauan, saujana mata memandang. Ayahanda berkata: "Inilah tempat tinggalmu, kediaman suamimu,

kedua-dua anakmu serta orang-orang yang mencintaimu dan mencintai mereka. Bergembiralah. .. engkau akan

mengikut ayahanda datang ke sini beberapa hari lagi..."

Aku berkata: "Kalau begitu senanglah hatiku dan bertambah rindu pada ayahanda."Selepas berjumpa beberapa

ketika dengan ayahanda, aku terjaga. Tubuh ku menggigil dan terasa takut yang amat sangat. Aku masih teringat-

ingat bisikan ayahanda. Aku akan mengikut langkah ayahanda beberapa hari lagi. Aku masih ingat ayahanda

berkata perkara yang sama sebelum wafat. Ayahanda pernah membisikkan bahawa akulah orang pertama yang

menyahut panggilan Ilahi selepasnya.

Sejak hari ayahanda wafat lagi aku selalu menangis dan bersedih.Perasaan sedih makin terasa selepas bermimpi

bertemu ayahanda. Aku tahu tidak lama lagi aku akan meninggalkan dunia fana ini untuk bersama ayahanda

tercinta di akhirat yang kekal, aman dan sentosa.

Aku menceritakan mimpi tersebut pada suamiku dan juga pembantuku Asma binti Umays. Aku beritahu saat ajal

hampir tiba. Asma menunjukkan pelepah kurma basah untuk membuat usungan seperti yang dilihat dibuat di

Habshah.
Aku tersenyum apabila melihat keranda itu. Aku berwasiat supaya jenazahku nanti dikebumikan pada malam hari

agar tiada seorang pun yang marah apabila melihat jenazahku. Aku juga meminta suamiku supaya menikahi

Umamah, saudara perempuanku. Umamah menyayangi anakku seperti aku menyayangi mereka.

Setelah merasa saat ajal hampir tiba aku membawa dua orang anakku menziarah makam ayahanda. Tubuhku

terasa sangat lemah untuk memijak. Tapi aku gagahi juga untuk bersembahyang dua rakaat antara mimbar dan

makam ayahanda.

Tidak lama lagi jasadku akan berpisah dengan roh. Aku akan meninggalkan dua puteraku. Lalu aku peluk dan

cium kedua-duanya bertubi-tubi. Sayang, ibumu terpaksa pergi dulu...Selamat tinggal sayangku, puteraku dan

suami tercinta. Biarlah aku menghadap Ilahi tanpa tangisan sesiapa. Aku tidak sanggup melihat tangisan puteraku

dan suamiku. Biarlah mereka berada di sisi makam ayahanda dan suamiku bersembahyang. Kalau boleh aku

mahu tinggalkan dunia ini dalam bersujud pada Ilahi..

Aku terus meninggalkan dua puteraku dan membiarkan suamiku bersembahyang di masjid. Aku mengambil

ramuan hanuth, sejenis pengawet mayat yang ayahandaku biasa gunakan. Aku siramkan air ramuan itu keseluruh

tubuhku. Kemudian aku memakai kain sisa kapan ayahandaku. Selepas itu sekali lagi aku memanggil Asma binti

Umays yang sentiasa mengurus dan merawatku.

Pada Asma aku berpesan, "Wahai Asma, perhatikanlah aku. Sekarang aku hendak masuk ke rumah

membaringkan tubuhku sekejap. Jika aku tidak keluar, panggillah aku tiga kali dan aku akan menjawab

panggilanmu. Tetapi jika aku tidak menjawab, ketahuilah aku telah mengikut jejak langkah ayahandaku!"

Setelah sejam berlalu, Asma memanggil-manggil nama wanita itu tetapi tiada sebarang jawapan. Ketika penjaga

itu masuk, dia terkejut apabila melihat wanita kurus cengkung itu meninggal dunia dalam sujudnya. Innalillahi wa

inna ilaihi rajiun...


::: Aku dalam cerita di atas ialah Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah dengan isteri pertamanya Siti Khadijah.

Fatimah meninggal dunia dalam usia 28tahun setelah 40 hari Rasulullah s,a.w. wafat dan jenazahnya dimakamkan

di perkuburan Baqi' di Madinah. Masih adakah wanita solehah seperti Fatimah di zaman moden ini


SUMBER:
CINTA ALLAH CINTA ABADI/Docs






Kisah Mencari Sinar ISLAM


Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam) Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya

sewaktuberagama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya

seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk

menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah DatukJoseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan

penuh kerajaan negeri.


Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya programkhidmat masyarakat. Pihak

gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/=. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang

kampong. Kami ziarah rumah kerumah. Tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai masalah diluahkan.

Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah dsn.

Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan,kami Berjaya

mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan


intelek.Hasilnya kami dapat RM3,000/= setiap seorang Islam yang dimurtadkan.Bayangkan pendapatan saya

ketika masih dialam persekolahan. Sewaktu Tingkatan3 saya dan beberapa rakan mengambil
m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanyam/pelajaran ini setanding dengan

lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil

pelajaran Agama Islam.



Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai

beberapa soalan yang saya kira tidak mampudihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan

Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya (saya panggil > cikgu). “cikgu saya ada

beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya kerumahcikgu…” Ustaz itu bersedia. Lalu

saya bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu.Saya katakan “cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan

atas nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya”.

Saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;- Mengapa orang Islam sembah kaabah -Sebenarnya semua

agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit. - Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa

akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.Injilsekarang dikatakan diseleweng.Kalau

begitu mana yang asalnya. Yangmenghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan –

kawandengan begitu ilmiah. Saya dan kawan - kawan mati akal.


Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.


Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain.
-      Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3
-      konsep ketuhanan Jesus.


Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan- kawan bapa saya. tetapi mereka

enggan. Lalu saya bawa ustaz itu kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya

juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi

saya kerana bawa ‘orang malaya’ datang ke rumah.


Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz

itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz tu,saya mengagumi cara hidupnya.

Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitammembawa salib. Seorang

berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Danseorang berjubah hijau yang meminta
saya membuat pilihan.Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka.



Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakintengelam dan yang berjubah putih

semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar
suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata,” mengapa Johanis….awak mengigau…. “
Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,”Cikgu Islamkan saya…….. .”.Ustaz itu minta saya bersabar untuk

dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itusaya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.


Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihatpakaian saya bertabur diluar rumah.

Rupanya bapa saya telah tahu.Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu

senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.


Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya.Tinggalkan sekolah. Saya

bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak

mengajar di Sabah .



Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur . Secara kebetulan rakan sayaNazri,vokalis kumpulan

Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan

adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..6 tahun saya di PERKIM.

Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja

dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak

sampai setahun saya letakjawatan.Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit

over time.Saya rasa tiada keiklasan.

Biarlah saya jadi
pendakwah bebas. Saya Ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang

untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuantiti saja.
Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon

ayah,emak dan adik beradik saya. Saya katakana jangan bencikan saya. Saya sayang ayah.saya sayang

emak.saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat.


Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku Yangsesuai menerangkan tentang Islam.

7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. Saya menangis kerana rindukan ayah,emak dan

adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita…… .. Ayah

saya menganut Agama Islam.
Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur.

Air mata saya menjadi terlalu murah….saya terus menangis…saya pejamkan mata…saya bayangkan ayah

dihadapan… saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama….. …Ya Allah betapa agungnya

kekuasaanMu. …

Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi

oleh pihak gereja. Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah.Kita berpecah

kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkansebahagian.
Kita ambil contah pelaksanaan hokum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya.

Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan

beberapa orang pensyarah university tentang isu Hudud & Qisas.Dia boleh sergah saya,”You apa tahu… Islam

pun baru setahun jagung…..”
Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya

pilih slam kerana saya tahu Apa itu Islam. kerana itu saya ajak menghayati Islam.Saya kumpulkan semula

kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah

ini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam.


Apa tauliah awak ,mana kebenaran Jabatan Agama,mana permit polis,sapabenarkan pungut derma dll. Saya tak

gentar berdialog dengan puak Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri

menyulitkan saya.
Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum

muslimah,pura- pura nak belajar Islam….jatuh cinta…lalu dimurtadkan. ..ada yang pura-pura masuk Islam….dan

dimurtadkan.


Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia . Itulah satu-satunya Universiti

yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam. Saya nak nasihatkan kalau ada

saudara kita terminum ‘Holly Water’.



Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi Termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana

Menteri kita dulu. Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan

selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi.InsyaAllah mereka akan sedar dan

dapatdiselamatkan. insyaAllah.

http://lurvesayangcintakasihapesume2.blogspot.com/2011/06/kisah-mencari-sinar-islam.html.....

SUMBER:
CINTA ALLAH CINTA ABADI/Docs

Selasa, 14 Jun 2011

Kisah sang monyet.....sedih sngat.....


Nak kongsi kisah sedih sang monyet nih, aku dapat dr email.....


Maafkan saya kerana saya tidak bijak mengarang. Saya bukan penulis.Apa yang
saya ingin ceritakan pun hanyalah tetang monyet,haiwan yang sering jadi
bahan sendaan kita, bukannya tentang wang, saham, barang kemas,
kekasih yang jelita mahupun banglo besar.

Saya tidak bijak bercerita tentang itu.
Baru-baru ini saya ke Negeri Sembilan untuk mengunjungi rumah
seorang saudara.Sewaktu kereta melalui hutan rekreasi Hulu Bendul di Kuala Pilah,
nun di depan sana ,saya lihat ada sekumpulan monyet
mundar-mandir disisi jalan yang sibuk. Ia seperti terburu-buru untuk melintas.
Saya terus memandu dan sewaktu kereta semakin hampir,saya terkejut kerana
ada seekor monyet menggeletik di atas jalan. Ia baru dilanggar
salah sebuah kereta di hadapan saya. Pantas saya menekan brek dan
memperlahankan kereta.
Kereta semakin hampir dan dada ini berdebar apabila melihat monyet itu
terus menggelupur dan menghempas-hempas ke atas jalan. Kakinya
terketar-ketar. Di sisinya ada darah dan cebisan daging.
Tapi paling menyentak perasaan saya ialah apabila melihat perutnya
yang buncit itu terburai, dan dari celah luka besar itu tersembul
sesuatu berwarna kelabu. Tahukah pembaca, benda apakah yang saya lihat itu?
Benda kelabu itu adalah anak yang masih dalam kandungannya!
Pada ketika itu saya terasa tubuh ini menggeletar.
Saya pasti, si ibu monyet tadi akan
mati sebentar lagi. Begitu juga dengan anaknya,nyawanya
melayang sebelum sempat melihat wajah ibu.
Sebaik melintasinya, saya pandang cermin sisi dan belakang. Saya
nampak kawanan monyet tadi bercempera. Ia berlari-lari mendapatkan si ibu
tadi, tapi kemudian bertempiaran semula ke tepi jalan kerana hampir saja
dilanggar kenderaan yang lalu-lalang.
Mungkin kepada pembaca sekalian, apalah ada pada nyawa seekor
monyet.Ia hanya
monyet. Haiwan hodoh. Hidupnya di hutan, tidak setaraf dengan
manusiawi.Tapi tidak kepada saya. Pulang bercuti, saya terus catatkan
surat ini, kerana peristiwa yang saya sebutkan tadi sebenarnya telah
mengingatkan saya
kepada sebuah peristiwa yang berlaku pada awal 1990-an.
Ketika itu usia saya masih di awal 20-an. Hari itu, saya diajak
oleh seorang bapa saudara untuk memburu di hutan berhampiran rumah. Saya
bukanlah minat memburu, tapi daripada bosan terperap di rumah, saya
terima ajakan bapa saudara saya tadi.
Masih saya ingat, beberapa jam berburu,matahari pun sudah meninggi,
tapi tiada seekor haiwan pun melintas di hadapan kami. Pelanduk , napuh, rusa,
ayam hutan dan burung yang selalu berlegar di hutan itu,
seolah-olah bersembunyai jauh dari kami. Hutan itu sepi .
Saya bertambah rimas, pak cik pula saya lihat mula kecewa.
Hari kian beranjak petang, pak cik menepuk-nepuk senapang Relanya.
Kata pak cik,"Kita balik ajalah, hari ni tak ada apa-apa.Mungkin esok ada
habuan".

Kami berjalan pulang, tapi selang dua tiga puluh langkah, kami
terdengar suara riuh-rendah di sebalik pokok-pokok besar di hadapan kami.
Saya mengamati suara itu, ternyata ia datang dari sekawan monyet yang
sedang memakan buah-buah hutan.
Saya perhatikan pak cik begitu berminat memerhatikan haiwan itu.Di
bibirnya ada sebaris senyuman. Senyuman yang saya faham benar
maksudnya. Adakah pak cik hendak menembak monyet-monyet itu?
"Ha'a. Pak cik nak tembak ibunya, lepas tu pak cik nak ambil anaknya,
nanti boleh bela, " begitu jawapan pak cik.
Masih saya ingat juga, saya beberapa kali mendesak pak cik supaya
membatalkan hasratnya itu, tapi gagal. Saya gagal mengendurkan
niatnya.Tidakakan saya lupa kata-kata pak cik petang itu,
"daripada balik tangan kosong? "
lalu dia mengacukan senapangnya ke arah kawasan monyet tadi, dan ?

DAMMM!!!

Demi berdentum saja senapang, bercempera dan lintang-pukang monyet-
monyet tadi menyelamatkan diri. Hutan itu riuh dengan bunyi ranting patah
serta jerit pekik haiwan berkenaan.

BUUUPP!
Ada suatu benda yang jatuh ke tanah.

Saya terpandang seekor ibu monyet jatuh berdekatan kami. Saya dan
pak cik terus mendapatkannya. Dari perutnya bercucuran darah pekat.
Anaknya yang tidak mengerti apa-apa terlepas dari pelukan,tercampak
tidak jauh dari ibunya sambil menjerit-jerit.
Si ibu merengus-rengus memanggil anaknya dengan lemah.
Ia cuba bangun. Dengan besusah payah sambil tangannya mencapai
akar-akar pokok untuk mendekati anaknya. Sebelah tangan lagi menekap perut yang
masih berdarah.Ia berusaha melangkah tapi terjatuh semula. Digagahi lagi sambil
berguling-guling ke arah anaknya. Si anak yang baru pandai berjalan jatuh,
bangun mendapatkan ibunya.Si anak itu terus saja memeluk ibunya yang kesakitan.

Masih terbayang jelas di ingatan saya bagaimana si ibu monyet tadi memegang tubuh
dan menatap wajah anaknya puas-puas, kemudian dicium berkali-kali.
Setelah itu dibawa si anak ke dada lalu disuakan susunya.
Saya dan pak cik terdiam melihat si anak mengisap susu manakala
ibunya mengerang-ngerang perlahan seakan memujuk sambil menahan sakit.
Hati saya tersentuh. Betapa si anak yang baru melihat dunia tidak tahu
bahawa ibu tempat dia bermanja akan pergi buat selama-lamanya. Saya tidak
mampu menyelami fikiran ibu monyet tadi, tapi mungkin ia ingin memeluk
anaknya buat kali terakhir, sepuas-puasnya, kerana selepas ini ibu akan
pergi.Ibu tidak akan dapat memelukmu lagi apabila kau kesejukan, menyuap
mulutmu bila kau merengek kelaparan, juga melindungimu bila kau
kepanasan.Mata si ibu monyet itu memandang ke arah kami. Tangannya memeluk
erat si anak seolah-olah enggan melepaskannya, biarlah ia mati bersama
anaknya.Matanya saya lihat digenangi air, masih tidak lepas memandang kami
dengan pandangan sayu, mungkin ingin menyatakan betapa kejamnya
manusia.Dosa apakah yang aku lakukan hingga aku ditembak? Salahkah aku
bebas kesana ke mari di bumi indah ciptaan Allah ini? Tubuh ibu monyet itu
berlumuran darah, begitu juga dengan si anak yang masih di pelukannya.
Beberapa detik kemudian, dengan tenaga yang masih berbaki, kami lihat
si ibu mencium anaknya untuk ke sekian kalinya. Perlahan-lahan
tubuhnya terkulai ditanah, bisa penabur dari muncung senapang pak cik tadi
tidak dapat ditanggung lagi.

Si anak menjerit-jerit memanggil ibunya supaya bangun dan melarikan
diri dari situ, tapi si ibu sudah tidak bernyawa lagi. Puas menjerit, si
anak tadi menyusu semula.
Di saat itu perasaan saya terlalu sebak. Saya perhatikan pak cik,
dia beberapa kali menggetap bibir cuba menahan air matanya daripada
tumpah ke pipi.
Tapi bila melihat si anak monyet tadi menjerit dan menggoncang- goncang
tubuh ibunya, akhirnya air mata kami tumpah juga. Saya betul-betul
kesal dengan apa yang berlaku.
Susana sunyi kembali. Si anak monyet itu kami rangkul dan bawa
pulang. Biarpun ia terus menjerit-jerit dan enggan berpisah dengan ibunya
yang telah mati.

Di dalam kereta saya hanya mendiamkan diri. Begitu juga pak cik.

Pada ketika itu saya dapat merasakan betapa kejamnya kami kerana
membunuh satu nyawa yang tidak berdosa. Biarpun monyet itu hanya haiwan yang
hodoh,tapi mereka juga ada perasaan, ada rasa kasih kepada anak,
rasa sayang kepada ibu. Tapi kita manusia??
Mana hilangnya akal waras kami?
Selang dua minggu kemudian, anak monyet tadi mengikut jejak ibunya.
Pak cik memberitahu saya, anak monyet itu tidak mahu makan dan asyik
menjerit-jerit sahaja. Mungkin ia rindukan ibunya. Apabila malam,
keadaannya bertambah teruk, dan akhirnya mati.

Read more: http://belogfadah.blogspot.com/2010/05/kisah-sang-monyet.html#ixzz1P8Lynedl


SUMBER:
CINTA ALLAH CINTA ABADI/Doc





Ahad, 5 Jun 2011

Untuk Renungan....


Untuk renungan…..
Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya. T_T


SUMBER:
BY: Sitra Abu Hanifah
 CintaAllahCintaAbadi@groups

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger

page counting

 
back to top