Isnin, 30 Mei 2011

Home » » Kenapa kita membaca Quran walaupun tidak memahami maksudnya...?

Kenapa kita membaca Quran walaupun tidak memahami maksudnya...?


Terdapat seorang lelaki tua yang tinggal bersama cucunya di sebuah kampung di Kelantan. Setiap pagi si atuk akan membaca al-Quran, dan rutinnya itu ditiru oleh cucunya. Suatu hari si cucu bertanya kepada atuknya, "Atuk, saya telah membaca al-Quran ini setelah sekian lama dengan tidak memahami maksudnya, jadi apakah gunanya saya membaca al-Quran?" Si Atuk berpaling sejenak lalu mengambil sebuah bakul yang kotor kerana digunakan untuk mengisi arang. "Nah, kamu pergi ke sungai dan bawak air dalam bakul ni balik". Si cucu pun bergegas ke sungai di sebelah rumahnya untuk mengambil air. Setelah air diisi penuh, bakul itu dibawa pulang. Namun setelah sampai, tiada lagi air yang tinggal. "Cuba pergi ambil sekali lagi, cuba bawak laju-laju sikit", suruh si Atuk. Si cucu pun pergi untuk kali yang keduanya dengan berlari-lari anak . Bila pulang, perkara yang sama juga berlaku di mana tiada juga air yang tinggal. "Tak boleh la Atuk", kata si cucu lagi. "Cuba sekali lagi", suruh atuknya lagi. Kali ini atuknya melihat di pintu. Si cucu pun cepat-cepat ke sungai dan berlari membawa bakul untuk ditunjukkan kepada atuknya. "Nampak tak Atuk, tak boleh la. Tak ada gunanya", kata si cucu yakin. Si atuk pun berkata, "Jadi kamu rasa tak bergunalah perbuatan kamu tadi? Cuba lihat bakul itu". Seperti baru tersedar, si cucu baru perasan bahawa bakul yang kotor tadi telah pun menjadi bersih. Terus si atuk menyambung, "Macam itulah dengan membaca Al-Quran, walaupun tidak memahami maksudnya, tetapi ia tetap membersihkan dalaman si pembacanya. Itu semua dengan kehendak Allah."

BY:
someone
CINTA ALLAH CINTA ABADI/Doc

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger

page counting

 
back to top