Sabtu, 28 Mei 2011

Home » , , » HAPUS SOMBONG KAEDAH IMAM GHAZALI

HAPUS SOMBONG KAEDAH IMAM GHAZALI




HAPUS SOMBONG KAEDAH IMAM GHAZALI

1.Apabila bertemu kanak-kanak,anggaplah kanak-kanak lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak masih belum banyak melakukan dosa berbanding diri kita yang sudah lali dengan dosa.

2.Apabila bertemu dengan orang tua,anggaplah mereka lebih mulia dari kita kerana mereka lebih banyak melakukan ibadat dan sudah hidup lama berbanding dengan kita.

3.Apabila bertemu dengan orang alim,anggaplah mereka lebih mulia dari kita kerana ilmu yangmereka pelajari lebih banyak daripada kita.

4.Apabila bertemu dengan orang jahil,anggaplah mereka juga lebih mulia dari kita dan mereka membuat dosa kerana kejahilan dan kegelapan,sedangkan kita melakukan dosa dalam keadaan terang-terangan.

5.Apabila melihat orang jahat,anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mungkin suatu hari nanti dia akan bertaubat dan insaf atas kesalahanya.

6.Apabila melihat orang kafir,berdoalah didalam hati,agar suatu hari nanti pintu hati mereka akan disinari oleh taufik dan hidayah dengan izin Allah,segala dosa mereka akan diampuni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger

page counting

 
back to top